Sunday 25 May 2014

Yeah....finally I got 8A's in my PMR......yahoo.....:)

Saturday 28 July 2012

Tasik Dayang Bunting merupakan sebuah tasik air tawar yang unik , terletak di Pulau Dayang Bunting , berdekatan dengan Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Luas tasik ini kira-kira sebesar Kompleks Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dari jauh, tasik ini berwarna hijau dengan latar belakan batu kapur menegak tinggi di hadapannya.
Tasik ini digelar Tasik Dayang Bunting kerana terletak di tepi pantai , kira-kira 500 meter dari tepi laut. Jadi airnya tidak bercampur dengan air laut yang masin

Friday 27 July 2012

Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah.
Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.
Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

 

Thursday 26 July 2012

PINK ROSES
Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi, Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong.
Pulau Langkawi memang best..............:)